Makaw biru kuning
Makaw biru kuning

Makaw biru kuning

Makaw biru kuning (Ara ararauna), juga dikenali sebagai makaw kuning dan biru atau makaw biru dan emas, adalah satu anggota dalam kumpulan besar parrot Neotropika yang dikenali sebagai makaw. Ia membiak di dalam hutan (walaupun tertumpu di hutan paya air tawar, ia juga membiak di kawasan terbuka di Terra Firme) dan hutan tropika di Amerika Selatan bermula di Trinidad dan Venezuela dan selatan ke Peru, Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Taburan populasinya juga menjangkau sedikit ke Amerika Tengah, iaitu di Panama. Makaw ini merupakan spesies terancam di Trinidad, dan hampir-hampir pupus dari Paraguay, tetapi masih biasa ditemui dan didapati di sebahagian besar Amerika Selatan. Terdapat juga populasi yang membiak di Kaunti Miami-Dade, Amerika Syarikat.[1] Oleh itu, ia disenaraikan sebagai Sedikit Bimbang oleh BirdLife International.